Matlamat merupakan arah tuju yang ingin dicapai tetapi ia bukanlah yang terakhir untuk dikecapi. jangan sesekali berputus asa selagi matlamat itu tak tercapai sepenuhnya dan jangan cepat atau mudah mengalah.

Wednesday, July 19, 2017

Sumber : http://www.biasiswa.net/


PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) TAHUN 2017 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 

1. PENGENALAN 

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan ijazah pertama tajaan JPA untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam pelbagai bidang di universiti yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU). 

2. SYARAT - SYARAT PERMOHONAN 

2.1 Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: 

2.1.1 Syarat-Syarat Umum 

a. Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran pada tahun permohonan;
b. Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat ijazah pertama;
c. Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat ijazah pertama atau sarjana pada tahun 2016 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran;
d. Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat/tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa. Senarai universiti adalah seperti di Lampiran A;
e. Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat ijazah pertamanya;
f. Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2017;
g. Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering(M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja; dan
h. Mempunyai baki tempoh pengajian sebanyak 12 bulan bagi pengajian peringkat sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran; dan 

2.1.2 Syarat Khusus 

Kelayakan minima akademik adalah seperti berikut: 

a. Memperoleh Ijazah Kelas Pertama atau PNGK minimum 3.75 atau setaraf dengannya pada pengajian peringkat ijazah pertama/ sarjana dalam Negara atau luar Negara; atau
b. Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, kelayakan akademik minimum adalah seperti berikut: 

UNITED KINGDOM: 70% & ke atas
AUSTRALIA /NEW ZEALAND: 85%
JEPUN: 85% A+B (50%A) 

85% A+B - Jumlah gred A dan B yang diperolehi adalah sekurang-kurangnya 85% dan 50% daripada jumlah tersebut perlu mendapat gred A. 


3. BIDANG PENGAJIAN YANG TIDAK DITAJA 

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP. 

4. MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN 

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut: 

(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau
(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman. 

5. KADAR ELAUN 

Kadar elaun bagi program penajaan ini adalah seperti berikut: 



CARA MEMOHON 

Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 18 Julai 2017 (Selasa) jam 9.00 pagi hingga 24 Julai 2017 (Isnin) jam 5.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. 

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2017 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat. 

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang atau e-mel di alamat ppc2017@jpa.gov.my

7. STUDENT ASSESSMENT CENTER (SAC) 

Calon-calon yang memohon program penajaan ini juga dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment Center (SAC) yang dijadualkan mulai 7 Ogos - 10 Ogos 2017. Calon-calon juga dikehendaki untuk membawa dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal pada sesi SAC tersebut. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: 

1. Kad pengenalan calon; 2. Semua transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah. Transkrip peperiksaan yang menggunakan bahasa asing perlu diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan disahkan oleh pihak universiti asal atau Institut Terjemahan Negara;
3. Bagi pelajar sarjana / kedoktoran yang sedang atau bakal mengikuti pengajian secara penyelidikan, pelajar perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan pembentangan.
4. Selain daripada kaedah pengajian di atas, pelajar sarjana yang sedang / bakal mengikuti pengajian perlu menyediakan plan of study yang telah disahkan oleh penyelia untuk rujukan panel.
5. Surat tawaran tanpa syarat universiti di peringkat sarjana / kedoktoran. Sekiranya tawaran kemasukan adalah tawaran bersyarat, ia mestilah di atas sebab pengesahan sumber kewangan sahaja; dan
6. Dokumen lain bagi pembuktian ijazah Kelas Pertama (Sekiranya tiada catatan di atas skrol ijazah). 

8. KEPUTUSAN PERMOHONAN 


Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 14 September 2017 (Khamis) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal Esila.
Wednesday, July 19, 2017   Posted by anjangdahar with No comments

0 comments:

Post a Comment

Link Popular

Blogger Kedah FA Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search